Malaysia Oversight

Warisan gesa Bersih turun padang pantau politik wang Sabah

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
Warisan gesa Bersih turun padang pantau politik wang Sabah


Penasihat undang-undang Warisan, Chin Tek Ming menggesa Bersih menggerakkan sukarelawan bagi memantau pilihan raya negeri Sabah akan datang untuk memastikan tiada politik wang berlaku.

Dia turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan ketelusan lebih ketat terhadap pembiayaan kempen dan mengenakan hukuman serta-merta ke atas calon yang didapati mengagihkan wang atau barangan.

“Bersih harus menghantar pemerhati pilihan raya sukarelawan ke kawasan berisiko tinggi di pedalaman dan kawasan terpencil Sabah bagi membendung penggunaan wang politik yang berleluasa.

“Kawasan rentan ini berdepan risiko lebih tinggi pembelian undi dan pemberian sogokan kerana pemantauan yang terhad dan penguatkuasaan yang lemah,” kata Chin pada satu kenyataan.

93069f4ff5e21d85d26bc87e8d58bd74

Pemimpin Warisan itu meminta Bersih mengerahkan sekurang-kurangnya 500 sukarelawan pemantau pilihan raya terlatih untuk ditempatkan di seluruh kerusi luar bandar dan terpencil — merangkumi sebelum, semasa dan selepas hari pengundian.

Chin turut mencadangkan agar Bersih bekerjasama dengan NGO berasaskan Sabah serta ketua-ketua komuniti untuk mewujudkan mekanisme pelaporan masa nyata melalui talian hotline khusus dan aplikasi mudah alih bagi membolehkan pengundi melaporkan sebarang sogokan secara tanpa nama.

“Kehadiran mereka sangat penting untuk menghalang pemberian wang tunai, penyalahgunaan jentera , dan sogokan saat akhir yang menjejaskan integriti demokrasi Sabah,” katanya.

Sabah akan mengadakan pilihan raya pada 29 Nov, dengan penamaan calon ditetapkan esok. Pengundian awal berlangsung pada 25 Nov.

Semalam, dilaporkan beberapa ahli politik Sabah yang dikaitkan dengan skandal lesen penerokaan perlombongan bertanding pada pilihan raya negeri itu.

Antaranya Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Presiden Star Jeffrey Kitingan dan pemangku presiden Parti Bersatu Sabah Joachim Gunsalam.

Semua yang dikaitkan dengan skandal itu menafikan sebarang salah laku.



Source link