Malaysia Oversight

Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk kuasa asing

By MkiniBM in November 13, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk kuasa asing


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah tunduk dengan mana-mana kuasa asing dalam menentukan soal dasar luar serta hubungan dagang, sebaliknya negara ini kekal berdaulat dan bebas.

berkata dakwaan yang menyatakan negara ini tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) susulan Perjanjian Perdagangan Tindak Balas (ART) adalah tidak berasas, kerana tiada mana-mana peruntukan dalam perjanjian dagang dengan AS yang menghalang Malaysia daripada bertindak menurut kepentingan keselamatan negara.

“Kita terikat dengan undang-undang dan peraturan negara kita. Kita ada hak untuk menilai semula, memberi notis untuk membatalkan (perjanjian). (Kita) diserang bertubi-tubi. Kalau benar kita tunduk pada Amerika, mengapa kita tandatangan (perjanjian) dengan ?,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025, di Bangi hari ini.

berkata beliau tetap menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu hadapan, meskipun Amerika memilih untuk memboikot sidang tersebut.

“Saya hadir kerana jemputan Presiden Afrika Selatan (Matamela Cyril Ramaphosa). Saya tidak tunduk pada dasar luar Amerika. Kita ada dasar kita sendiri. Malaysia ini negara bebas, bermaruah dan merdeka,” tegas Perdana Menteri.

Pada masa sama, Anwar menegaskan Malaysia tidak pernah menyokong pelan 20-point plan for Gaza sebaliknya konsisten mengangkat penyelesaian komprehensif bagi Gaza dan Palestin.

“Itu beza besar. Penyelesaian komprehensif bermaksud mengiktiraf hak Gaza dan Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat, serta menolak kekejaman Israel di Tebing Barat,” kata beliau.

– Bernama



Source link