Selain siri Huawei Watch Fit 4, Huawei Watch 5 juga turut dilancarkan di Malaysia hari ini dengan d=saiz 42mm dan 46mm. Jam ini memfokuskan fungsi penjejakan kesihatan yang lebih canggih dengan dilengkapi dengan sensor Huawei X-Tap pada bahagian sisi. Sensor lain yang turut hadir ialah ECG, PPG, dan tekanan

Salah satu ciri utama jam tangan ini ialah fungsi Health Glance, yang membolehkan pengguna menjalankan pemeriksaan kesihatan hanya dalam masa 60 saat. Dengan menyentuh sensor khas, anda boleh memperoleh sehingga 10 jenis bacaan parameter kesihatan berbeza termasuk kadar denyutan jantung, tekanan, suhu kulit, ECG dan lain-lain.

Mengikut trend semasa, jam tangan ini turut menyokong kawalan gestur merapatkan jari telunjuk dengan ibu jari sebanyak dua kali untuk menjawab panggilan telefon panggilan dan menangkap gambar dari jarak jauh. Ciri ini setanding dengan yang disokong Apple Watch dan Galaxy Watch.

Watch 5 hadir dengan sokongan mod dwi-bateri yang menawarkan dua pilihan. Jika anda mahukan penggunaan bateri pada rutin biasa, boleh menggunakan Standard Mode dan Battery Saver Mode juga turut tersedia. Jika ciri ini diaktifkan, model 46mm boleh digunakan sehingga 11 hari, manakala model 42mm mampu bertahan sehingga 7 hari. Bagi memastikan ketahanan bateri yang lebih lama beberapa fungsi akan dinyahaktifkan dalam mod jimat tenaga ini tetapi ciri penjejakan kesihatan tetap berjalan seperti biasa.

Huawei Watch 5 kini hadir dengan sokongan Touch ‘n Go Payment, membolehkan pengguna melakukan pembayaran nirtunai menggunakan jam tangan. Ciri ini menawarkan kaedah transaksi yang lebih mudah, pantas, dan praktikal tanpa memerlukan penggunaan telefon pintar atau dompet fizikal. Harga jualan Huawei Watch 5 adalah seperti di bawah.
- Huawei Watch 5 (46mm) – tali fluoroelastomer hitam – RM1799
- Huawei Watch 5 (46mm) – tali komposit ungu – RM1999
- Huawei Watch 5 (46mm) – tali titanium – RM2699
- Huawei Watch 5 (42mm) – tali komposit putih – RM1799
- Huawei Watch 5 (42mm) – tali komposit beige – RM1999
- Huawei Watch 5 (42mm) – tali titanium berwarna emas- RM2699
Pratempahan telah dibuka dan pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai RM746 dalam FreeBuds 5 dan langganan Health+ selama 3 bulan.