Malaysia Oversight

Siasatan semula kehilangan Amri Che Mat dan Raymond Koh dijalankan telus

By TheSun in November 13, 2025 – Reading time 1 minute
Siasatan semula kehilangan Amri Che Mat dan Raymond Koh dijalankan telus


jamin siasatan semula kehilangan Amri Che Mat dan Raymond Koh dilaksanakan secara telus dan bebas tanpa sebarang campur tangan

KUALA LUMPUR: Siasatan semula terhadap kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh akan dijalankan secara telus serta bebas daripada sebarang campur tangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan beriltizam melaksanakan sepenuhnya arahan mahkamah supaya kes berkenaan disiasat semula.

ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan komited untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menekankan kerajaan tidak mempunyai sebarang niat untuk melindungi mana-mana pihak dalam proses siasatan ini.

Polis Diraja Malaysia telah segera menubuhkan pasukan penyiasat walaupun siasatan sebelum ini tidak pernah ditutup.

Pasukan penyiasat kali ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat ACP.

Mereka akan meneliti semua kertas siasatan awal, laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, laporan pasukan petugas khas dan mendapatkan keterangan baharu.

Saifuddin Nasution mengajak mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu pihak polis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh mengenai keputusan mahkamah berkaitan Amri dan Koh serta langkah seterusnya kerajaan.

Soalan turut menyentuh prosedur operasi standard dan kewibawaan siasatan PDRM sebagai agensi penguat kuasa terbesar negara. – Bernama


Post Views: 1



Source link