Malaysia Oversight

Aplikasi Xbox Full Screen Experience Tool Mengaktifkan Xbox Full Screen Pada Konsol Yang Belum Menyokongnya

By Amanz in November 13, 2025 – Reading time 2 minute
Aplikasi Xbox Full Screen Experience Tool Mengaktifkan Xbox Full Screen Pada Konsol Yang Belum Menyokongnya


Aplikasi Xbox Full Screen Experience Tool Mengaktifkan Xbox Full Screen Pada Konsol Yang Belum Menyokongnya

November 13, 2025
Microsoft

Nazrin

Dengan kemaskini terbaru sistem operasi Windows 11, Microsoft dilihat telah mula memperkenalkan mod Xbox Full Screen kepada satu konsol permainan PC, iaitu ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X. Ini membolehkan pengguna untuk terus menggunakan antaramuka aplikasi Xbox pada konsol tersebut dan tidak perlu memasuki sistem operasi Windows 11 secara penuh.

Ini membolehkan konsol tersebut untuk beroperasi dengan lebih cekap dan hadir dengan penjimatan bateri yang lebih baik. Cumanya, buat masa ini mod tersebut hanya hadir secara rasmi pada siri konsol tersebut sahaja.

batch ASUS ROG XBox Ally X 23

Terkini, seorang pembangun perisian, 8bit2qubit telah memperkenalkan aplikasi Xbox Full Screen Experience Tool yang membolehkan pemilik-pemilik konsol permainan PC lain yang menggerakkan sistem operasi Windows 11 untuk mengaktifkan mod ini pada konsol-konsol mereka dengan mudah.

Ditawarkan di Github, aplikasi tersebut akan mengimbas konsol anda untuk mengenalpasti jika anda menggerakkan sistem operasi Windows 11 yang terbaru dan jenis peranti yang digunakan. Ia kemudiannya akan memberitahu langkah-langkah yang diperlukan untuk mengaktifkan mod tersebut pada konsol anda.

Anda juga akan perlu mengemaskini aplikasi Xbox App anda ke versi yang terbaru untuk mengaktifkan mod ini.

Jika anda memiliki konsol seperti ASUS ROG Ally X, MSI Claw atau Lenovo Legion Go sebelum ini, ataupun lain-lain konsol mudah-alih yang menggerakkan sistem operasi Windows 11, anda boleh mencuba aplikasi ini untuk mendapatkan mod Xbox Full Screen yang baru tersebut.

Github

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link