Malaysia Oversight

Teknologi Penghantaran Data Bawah Air Menggunakan Laser Yang Dibangunkan Kyocera Mencapai Kelajuan 5.2Gbps

By Amanz in November 13, 2025 – Reading time 2 minute
Teknologi Penghantaran Data Bawah Air Menggunakan Laser Yang Dibangunkan Kyocera Mencapai Kelajuan 5.2Gbps


Teknologi Penghantaran Data Bawah Air Menggunakan Laser Yang Dibangunkan Kyocera Mencapai Kelajuan 5.2Gbps

November 13, 2025
Lain-lain

Nazrin

Kyocera baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan sebuah teknologi penghantaran data dalam air baru yang dinamakan Underwater Optical Communication (UWOC) yang menggunakan teknologi penghantaran data laser di dalam air untuk penghantaran data jarak dekat.

Menurut Kyocera, mereka telah berjaya mencapai kadar penghantaran data pergi dan balik setinggi 5.2Gbps dalam jarak 100 meter, dan ini adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana secara lazimnya, kadar penghantaran data dalam air hanya boleh dilakukan dengan kadar penghantaran data lebih rendah, dan dalam jarak dekat.

Mereka mengatakan bahawa teknologi ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti menstrim data rakaman video dan butiran-butiran seperti data imbasan dan lain-lain dari dron bawah air untuk dihantar terus ke kapal air utama.

image 30

Walaupun begitu, teknologi ini mempunyai satu kelemahan utama, iaitu ia memerlukan direct line of sight ataupun pandangan secara terus untuk membolehkan teknologi UWOC ini berfungsi. Kyocera berkata bahawa walaupun teknologi ini sesuai untuk memindahkan data imbasan ataupun video di bawah air, ia kurang sesuai digunakan sebagai sistem navigasi jarak jauh kerana perkara ini.

Oleh kerana jarak pendek teknologi UWOC ini juga, ia belum sesuai digunakan untuk menggantikan kabel dasar laut yang digunakan sekarang untuk menyambungkan negara-negara dan benua-benua di dunia.

Satu lagi kelebihan teknologi UWOC ini juga ialah didalam jarak 100 meter pandangan terus yang dikatakan, kebarangkalian untuk isu data loss atau kehilangan data adalah sangat rendah, kerana ia tidak terkesan dengan gangguan akustik bawah air yang sering menjadi isu apabila bercakap tentang penghantaran data nirwayar bawah air.

Teknologi ini dilihat boleh memanfaatkan bukan sahaja teknologi dron bawah air, tetapi juga alat-alat pengimbas data bawah air ataupun penjejak hidupan liar akuatik dan sebagainya.

Kyocera

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link