Spesifikasi Kapal Kargo Berkuasa Nuklear China Diumumkan
Effi Saharudin
Dua tahun lalu rekaan kapal kargo KUN-24AP diperlihatkan oleh Jiangnan Shipyard yang berpangkalan di Shanghai sebagai kapal kargo komersial pertama menggunakan kuasa nuklear reaktor garam cair thorium (TSMR). Selepas dua tahun, Jiangnan Shipyard kini menyatakan reaktor KUN-24AP boleh menjana 200MW kuasa yang bersamaan output reaktor nuklear kapal selam kelas Sewolf Amerika Syarikat.

Sekiranya dibina, KUN-24AP akan menjadi kapal kuasa nuklear terbesar dunia tetapi juga antara kapal kargo terbesar dunia dengan kapasiti bermula 14,000 kontena TEU. Reaktor nuklear digunakan kerana ia tidak memerlukan bahan api uranium yang lebih berbahaya. Sekiranya isu wujud dengan reaktor, kapal ini mempunyai enjin diesel sandaran dengan kuasa 10MW.
Kelebihan kedua pula ialah TSMR tidak memerlukan sistem penyejukan cecair untuk beroperasi. China telah membuktikan kemampuan TSMR menerusi stesen janakuasa di Gurun Gobi sejak 2024 secara berterusan lengkap dengan proses pertukaran bahan api.
Kapal kargo berkuasa nuklear pertama ialah NS Savannah yang dilancarkan pada tahun 1959. Ia hanya beroperasi sehingga 1972 kerana kos operasi yang tinggi serta risiko pencemaran sekiranya berlakunya kemalangan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






