Malaysia Oversight

Lelaki rugi RM2.2 juta dalam penipuan pelaburan saham palsu

By TheSun in November 13, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Mangsa 59 tahun hilang RM2.2 juta selepas diperdaya pelaburan saham dalam talian tidak wujud melalui aplikasi dan kumpulan WhatsApp

KUCHING: Seorang lelaki berumur 59 tahun mengalami kerugian melebihi RM2.2 juta selepas diperdaya skim penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Mangsa telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp pada 18 Ogos lalu dan diperkenalkan kepada skim pelaburan saham tersebut.

Beliau kemudiannya diarahkan memuat turun satu aplikasi tertentu untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mangsa melakukan pembayaran secara berperingkat ke dalam 11 akaun bank berbeza melalui 22 transaksi pemindahan dalam talian.

Dia hanya menyedari telah ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dipaparkan dalam aplikasi berjumlah RM39,103,045.06.

Akibatnya, mangsa menanggung kerugian sebenar sebanyak RM2,268,696.90.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama


Post Views: 1



Source link