Malaysia Oversight

13 direman kerana himpunan haram di luar Istana Kelantan

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Seramai 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki berhimpun secara haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 67 tahun bermula hari ini hingga Sabtu.

Perintah itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Difahamkan, mereka dipercayai berkumpul di hadapan istana berkenaan dan pemeriksaan ke atas beberapa suspek turut membawa kepada penemuan senjata tajam.

– Bernama



Source link