Malaysia Oversight

Volvo Syarikat Pertama Mengintegrasikan Google Gemini Dalam Kereta

By Amanz in May 22, 2025 – Reading time 1 minute
Volvo Syarikat Pertama Mengintegrasikan Google Gemini Dalam Kereta


Volvo Syarikat Pertama Mengintegrasikan Google Gemini Dalam Kereta

May 22, 2025

Effi Saharudin

Google Gemini akan dikembangkan daripada telefon pintar ke jam tangan pintar, TV dan kereta tahun ini. Di Google I/O, Volvo secara rasmi menjadi syarikat pertama akan mengintegrasikan Google Gemini pada kenderaan keluaran mereka menerusi Android Auto.

Volvo EX90 Google Gemini

Google Gemini sudahpun digunakan pada sebuah Volvo EX90 di Google I/O. Volvo sebelum ini menjadi syarikat terawal menggunakan Android Auto dalam sistem infohibur kenderaan dimulakan menerusi subjenama mereka Polestar. Menjelang penghujung 2025, Gemini akan menggantikan Google Assistant dalam kenderaan Volvo.

Kelebihan Gemini ialah pengguna boleh menggunakan arahan suara bahasa biasa untuk mengawal sistem kenderaan, memberikan ringkasan mesej yang diterima, memberikan saranan perjalanan ke tempat menarik lengkap dengan navigasi dan mengingati di mana kereta diletakkan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link