Malaysia Oversight

Anak ketua menteri pertama Sabah antara pertaruhan Warisan

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 3 minute
Anak ketua menteri pertama Sabah antara pertaruhan Warisan


Ketika bahang pilihan raya semakin memuncak, Warisan – yang jelas bercadang memperkirakan langkahnya untuk menjadi negeri – hari ini mengumumkan senarai penuh 73 calon mereka.

Selain presiden parti itu, Mohd Shafie Apdal, yang akan mempertahankan kerusinya di Senallang, Warisan menampilkan gabungan calon baru dan lama.

Antara mereka ialah anak ketua menteri pertama Sabah, Muhammad Fuad Stephens, serta adik Mohd Shafie sendiri.

Fauziah Fuad akan bertanding di kerusi Bengkoka yang terletak di bahagian utara Sabah. Ia terletak dalam kawasan parlimen Kudat.

Dalam PRN 2020 lalu kerusi Bengkoka menarik perhartian sesetengah pihak kerana menyaksikan 11 calon bertanding termasuk empa calon bebas.

Ia kemudian dimenangi calon , Harun Durabi. Dia dinamakan oleh untuk mempertahankan kerusi tersebut pada PRN hujung bulan ini.

Adik Mohd Shafie, Mohammad Yusof pula dinamakan sebagai calon Warisan untuk kerusi Silam. Dia juga merupakan Ahli Parlimen Lahad Datu.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, akan meluaskan peranannya ke peringkat negeri dengan bertanding di Usukan.

fc3b5b646d117b05f8dcd0c3e7ee2195

Di kerusi itu dia dijangka berdepan tokoh , Salleh Said Keruak.

Pada masa sama, Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, tidak dinamakan sebagai salah seorang calon parti itu kali ini. Dia merupakan penyandang kerusi Moyog.

Kali ini kerusi tersebut diwakili Terrence Siambun dalam langkah yang dilihat sebagai isyarat perubahan generasi dalam kepimpinan tertinggi parti.

Warisan juga berani mencabar tokoh besar politik negeri. Antaranya pendatang baru Mokhtar Hussin yang akan menentang pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor di Sulaman; Jeffrey Gopog menentang Presiden Parti Bersatu Sabah, Joachim Gunsalam; dan Bianus Kontong menentang Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan.

Minta lebih lima kali

Sementara itu, Mohd Shafie berkata hampir satu per tiga daripada calon Warisan kali ini terdiri daripada golongan muda dengan ramai antara mereka profesional dan pertama kali bertanding.

“Kami ada empat peguam, seorang bekas hakim, seorang majistret, 14 jurutera, 16 pemegang ijazah sarjana dan enam calon PhD,” katanya selepas majlis pengumuman tersebut di Kota Kinabalu hari ini.

Acara itu turut dihadiri Darell.

Mohd Shafie yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata gabungan antara pemimpin berpengalaman dan wajah baru mencerminkan usaha Warisan untuk menyeimbangkan kesinambungan pembaharuan.

“Kami percaya calon-calon ini bukan saja berpengalaman dan setia, tetapi juga mewakili suara generasi muda.

“Ini gabungan pemimpin muda dan senior yang boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat,” katanya.

5205e5cfd2da7082e1a9e2f061ad215c
Darell Leiking

Mengulas ketiadaan Darell Leiking dalam senarai calon, Mohd Shafie menjelaskan, bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia itu memilih untuk menumpukan peranannya sebagai pengarah pilihan raya.

“Dia kekal berkhidmat sebagai pengarah pilihan raya Warisan, dibantu oleh ketua penerangan parti, Aziz Jamman.

“Kedua-dua mereka akan mengetuai gerak kerja kempen Warisan sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Selain Leiking, penyandang kerusi Silam, Dumi Pg Masdal, turut digugurkan daripada senarai calon.

Ketika dihubungi, Darell mengesahkan dia memilih untuk tidak bertanding dalam PRN Sabah kali ini bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai pengarah pilihan raya Warisan.

Dia juga berkata Mohd Shafie beberapa kali memintanya dia mempertimbangkan semula keputusan enggan dicalonkan, namun akhirnya tetap dengan pendirian berkenaan.

“Saya mahu menang. Untuk menang, saya perlu menyusun seluruh senarai calon dan jentera pilihan raya.

“Mohd Shafie dah minta lebih lima kali supaya saya fikir semula, tapi saya kata ‘tidak, saya mahu menang’.

“Dan cara saya untuk menang ialah dengan menguruskan calon-calon Warisan,” katanya kepada Malaysiakini.



Source link