Malaysia Oversight

BN lawan PKR di Karamunting, Star cabar GRS di 17 kerusi

By MkiniBM in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
BN lawan PKR di Karamunting, Star cabar GRS di 17 kerusi


mempertaruhkan seorang calon daripada gabungan itu di kerusi DUN Karamunting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan sekutunya, .

Sementara itu, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) mencabar calon daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di 17 kerusi. Star sebelum ini merupakan parti komponen GRS.

Dalam satu kenyataan hari ini, menamakan empat lagi calon bagi kerusi DUN Bandau, Kemabong, Karamunting dan Kukusan.

menampilkan penyandang di kerusi Karamunting, George Hiew yang melompat ke parti itu daripada GRS sempena pilihan raya neger kali ini.

Sementara itu, menamakan penyelaras MCA bagi kawasan itu, Chin Kim Hiung, sebagai calon.

Ini kali pertama berlaku pertembungan kerusi antara sekutu di Sabah sejak calon-calon mula diumumkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Star hari ini mengumumkan 40 calonnya akan bertanding pada pilihan raya negeri.

Star keluar daripada GRS bulan lepas akibat tidak berpuas hati dengan gabungan itu yang dilihat terlalu rapat dengan PH dari Semenanjung.

GRS sebelum ini menyatakan gabungan itu akan menampilkan calon bagi menentang Presiden Star, Jeffrey Kitingan.

Selain 17 kerusi yang akan berentap dengan GRS, Star juga menampilkan enam calon menentang dan dua calon menentang DAP.

Ini termasuk di Sindumin, di mana PKR menampilkan anak Yang Dipertua Negeri Sabah, Musa Aman, iaitu Yamani Hafez.



Source link