Malaysia Oversight

Google Private AI Compute Membolehkan Pemprosesan Data Dilakukan

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Google Private AI Compute Membolehkan Pemprosesan Data Dilakukan


Google Private AI Compute Membolehkan Pemprosesan Data Dilakukan

November 12, 2025
Google

Effi Saharudin

Googlen melancarkan perkhidmatan Private AI Compute yang membenarkan pengguna mengakses model Gemini di awanan untuk memproses data peribadi dengan privasi diberikan keutamaan. Private AI Compute direka untuk mengimbangi prestasi dan privasi.

Google Private AI Compute

Private AI Compute akan membenarkan model AI menggunakan kuasa pemprosesan awan tanpa memberikan akses data peribadi yang kepada Google. Dengan ia pemprosesan AI di awanan sekalipun akan memenuhi keperluan sekuriti dan privasi seakan ia dilakukan terus daripada peranti.

Antara isu mengenai penggunaan model AI ialah pelanggan bimbang perbualan peribadi, emel, dan data sensitif syarikat digunakan untuk latihan AI. Di peringkat awal penggunaan AI, wujud beberapa insiden rahsia syarikat tertiris selepas kakitangan menggunakan ChatGPT. Private AI Compute membolehkan pemprosesan yang lebih kompleks serta memerlukan kuasa yang tinggi diakses di awanan tanpa mengorbankan privasi data peribadi.

Private AI Compute akan diperkenalkan dalam beberapa perkhidmatan Google seperti Magic Cue pada Pixel 10 dan aplikasi Recorder. Transkrip dan ringkasan audio perbualan akan diproses di awanan tanpa diakses Google.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link