Malaysia Oversight

Sony Melancarkan Monitor Gaming 27″ Untuk PlayStation 5

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Sony Melancarkan Monitor Gaming 27″ Untuk PlayStation 5


Sony Melancarkan Monitor Gaming 27″ Untuk PlayStation 5

November 12, 2025
Sony

Effi Saharudin

Lazimnya konsol dimainkan pada TV di ruang tamu rumah. Tetapi ada segelintir gamer yang meletakkan konsol di dalam bilik khas bersama dengan PC. Sony semalam melancarkan 27” Gaming Monitor yang direka khusus untuk dipadankan dengan konsol PlayStation 5 dan juga PC di rumah.

Sony 27 Gaming Monitor PlayStation 5 B

Monitor hadir dengan skrin 27″ dengan resolusi QHD 2560 x 1440 pixel, kadar segar semula 120Hz VRR untuk PS5, sehingga 240Hz untuk PC dan menyokong ciri Auto HDR. Ia dioptimasi untuk mengesan input daripada PS5 dan PS5 Pro dengan tetapan diubah secara automatik. Pada bahagian tangkai monitor, terdapat cangkuk untuk mengesan DualSense atau DualSense Edge apabila tidak dimainkan.

Sony 27 Gaming Monitor PlayStation 5 A

Ia mempunyai 2x HDMI 2.1 dan 1x DisplayPort 1.4. Turut disertakan ialah 2x USB-A, 1x USB-C, speaker stereo terbina, bicu output 3.5 mm dan cagak VESA di bahagian belakang. 27” Gaming Monitor akan dijual di Jepun dan Amerika Syarikat sahaja pada tahun 2026. Harga belum lagi diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link