Malaysia Oversight

Individu, pempengaruh Kelantan muat naik kandungan tidak sopan diberi kaunsel

By Utusan in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
Individu, pempengaruh Kelantan muat naik kandungan tidak sopan diberi kaunsel


KOTA BHARU: sudah memanggil dan beri kaunseling kepada lebih 10 individu termasuk pempengaruh media sosial di negeri ini yang memuat naik kandungan tidak senonoh di platform media sosial, khususnya di TikTok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan , Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, ia selari dengan peruntukan undang-undang sedia di bawah Seksyen 21 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) negeri.

Katanya, kes yang telah direkodkan sepanjang tahun lalu itu melibatkan kandungan berbentuk percakapan atau siaran langsung di TikTok yang mengandungi unsur galakan terhadap perkara tidak bermoral dan kurang sopan.

“Tindakan itu diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama (Jaheaik).

“Setakat ini belum ada pendakwaan yang dibuat dan majoritinya kita selesaikan dengan kaunseling. Bagaimanapun, ada juga kes yang lebih berat tetapi dilakukan di luar , jadi ia tidak dapat ambil tindakan,” katanya semasa Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Demit itu memberitahu, Kelantan akan terus memantau kandungan media sosial rakyat negeri ini bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan nilai dan adat masyarakat tempatan.

Katanya, beliau menasihatkan, semua pengguna media sosial, khususnya pempengaruh, supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan platform tersebut untuk perkara yang boleh mencemarkan imej diri serta agama.

Media 7 September lalu melaporkan, seorang wanita warga Russia membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya sewaktu siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Alice Kasimova memaklumkan, tindakan tersebut diambil selepas dia menerima nasihat daripada orang di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.-UTUSAN





Source link