Malaysia Oversight

Threads Perkenal Kemaskini Dengan Fokus Terhadap Podsiar

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Perkenal Kemaskini Dengan Fokus Terhadap Podsiar


Threads Perkenal Kemaskini Dengan Fokus Terhadap Podsiar

November 12, 2025
Meta

Aman

Threads agak aktif dalam menambah sejumlah ciri-ciri menarik pada platform mereka. Terbaru, Threads turut menambah sebuah ciri baharu dengan fokus terhadap podsiar. Ia dilihat, Meta ingin turut memposisikan Threads untuk perbincangan melibatkan podsiar dengan kemaskini ini.

Threads Podcast

Antara kemaskini baharu yang hadir adalah kini pengguna boleh berkongsi bawah profil mereka, pautan khusus untuk podsiar, sekaligus memudahkan lagi pengguna lain mengikutinya. Disamping itu, perkongsian pautan podsiar juga kini diperlihatkan dengan lebih kemas, memudahkan pengguna lain mengenal-pasti, mahupun berbincang mengenainya dibawah pautan tersebut.

Dengan perkembangan ini juga, Threads dilihat memposisikan diri mereka untuk perbincangan melibatkan podsiar, berbeza dengan pelbagai platform sosial lain yang tidak memberikan fokus terhadapnya. Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Threads kepada pengguna seluruh dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link