Seorang penduduk Kampung Papan di Pandamaran ditahan pihak polis ketika kerja perobohan oleh pihak berkuasa hari ini.
Menurut Timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan, berkata lelaki berusia 57 tahun itu kecewa dengan pegawai yang bertugas dan bertindak menghempaskan botol kaca ke lantai.
“Jadi mungkin pegawai ingat dia macam nak merusuh atau mengamuk,” katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini sedang mendapatkan pengesahan polis berhubung penahanan lelaki tersebut.
Terdahulu, Arutchelvan memberitahu setakat tengah hari tadi, dianggarkan sekitar 20 rumah dirobohkan.
Rumah yang dirobohkan itu termasuk enam buah yang masih berpenghuni, walaupun kerajaan sebelum ini berkata perobohan hanya melibatkan rumah yang kosong.
[Berita lanjut menyusul]






