KANGAR: Isu berhubung pemulangan 40 peratus hasil Sabah dilihat sedang ditangani secara berhemah dan berfakta oleh kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan penyelesaian secara menyeluruh demi kepentingan rakyat di negeri tersebut. Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian berkata, oleh demikian, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membuat sebarang keputusan berikutan impaknya kelak hanya akan merugikan kedua-kedua belah pihak. Katanya, langkah yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini…






