SHAH ALAM: Sebanyak 5,491 kenderaan perdagangan diambil tindakan oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor atas pelbagai kesalahan dan 747 daripadanya dikesan membawa lebih muatan 50 peratus. Daripada keseluruhan jumlah tersebut juga, pihak berkuasa itu turut mengesan 1,745 pemandu tiada lesen memandu dan 1,926 tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) atau Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Malah, daripada 50,839 kenderaan yang diperiksa, 1,867 daripadanya tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan 679…






