Malaysia Oversight

Rasuah Sabah: Mengapa DAP bisu, buta?

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
Rasuah Sabah: Mengapa DAP bisu, buta?


Menjelang perhimpunan antirasuah ‘Tangkap Jerung’ pada Jumaat ini, pemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah, Albert Tei tampil mempersoalkan sikap pemimpin DAP yang didakwa berdiam diri dalam kes rasuah yang dibongkarnya.

Tei, yang didakwa di mahkamah sebagai pemberi rasuah dalam skandal perlombongan Sabah itu turut menyeru orang ramai khususnya rakyat Sabah yang berada di Semenanjung untuk hadir perhimpunan yang akan diadakan di hadapan Ibu Pejabat SPRM, .

Tei memberikan penghargaan kepada dan Bersatu yang menyokong perhimpunan sambil mendakwa tiada lagi suara lantang daripada DAP yang memperjuangkan rasuah selama ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dan Bersatu yang menyokong perhimpunan ‘Tangkap Jerung’. Terutamanya kepada , saya berasa sangat terharu dan amat menghargai kenyataan yang menyokong usaha dan mengiktiraf perjuangan saya selama setahun menentang 15 wakil rakyat daripada GRS.

“Saya ingin mempersoalkan di mana pemimpin DAP yang dulu lantang bersuara memerangi rasuah, mereka hilang. Bayangkan PAS sebuah parti , namun mereka menyokong usaha saya memerangi rasuah.

“Saya sebagai orang Cina tetapi di mana parti yang kononnya memperjuangkan kaum Cina, mereka seolah-olah bisu, buta tidak nampak skandal rasuah Sabah. Mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung skandal rasuah di Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, PAS Wilayah Persekutuan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke himpunan antirasuah itu sebagai tanda sokongan terhadap Tei dalam isu tersebut.

Sejak siri pendedahan video bermula Nov tahun lalu, lebih 10 ahli politik termasuk beberapa menteri Sabah telah dikaitkan dengan skandal perlombongan berkenaan.

Namun setakat ini, hanya tiga individu yang didakwa iaitu Tei, bekas Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan bekas Sindumin, Yusof Yacob.

Tei didakwa menawarkan rasuah kepada ahli-ahli dewan undangan negeri, manakala dua lagi didakwa menerima sogokan berkenaan.

Dalam kenyataannya, Tei turut menggesa Perdana Menteri Ibrahim supaya tidak menungggang pendedahan skandal rasuah yang dikaitkan dengan GRS sebagai bahan ugutan dan rundingan dengan gabungan yang dipimpin Ketua Menteri sementara, Hajiji Noor.

“Seluruh Malaysia nampak GRS ibarat budak suruhan kamu, cukup. Ambil tindakan tegas terhadap pemimpin GRS yang makan rasuah,” kata ahli perniagaan itu.



Source link