Malaysia Oversight

IDC – Penghantaran Tablet Global Menunjukkan Trend Penurunan Pada Q3 2025

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
IDC – Penghantaran Tablet Global Menunjukkan Trend Penurunan Pada Q3 2025


IDC – Penghantaran Tablet Global Menunjukkan Trend Penurunan Pada Q3 2025

November 11, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

Selepas prestasi yang kukuh sebelum ini, pasaran tablet global mula menunjukkan penurunan. Menurut laporan terkini IDC, jumlah penghantaran menurun sebanyak 4.4% tahun ke tahun pada Q3 2025 bersamaan dengan 38 juta unit. Penurunan ini berpunca daripada langkah berjaga-jaga dalam pengurusan stok susulan kebimbangan terhadap isu tarif.

Tablet Q3 IDC 01

Walaupun berdepan cabaran pasaran, kekal sebagai peneraju dengan penghantaran sebanyak 13.2 juta unit serta mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2% tahun ke tahun pada Q3 2025.

iPad Mini 2024

Samsung berada di tempat kedua dengan penghantaran sebanyak 6.9 juta unit namun mencatat penurunan sebanyak 1.9% tahun ke tahun. Jenama ini dikatakan stabil dalam segmen pengguna melalui fokus pada model S10 dan S11 serta perluasan siri A yang berpatutan.

Samsung Galaxy Tab S10 F Galaxy AI
Samsung Galaxy Tab S10

Lenovo mengekalkan kedudukan ketiga dengan penghantaran sebanyak 3.7 juta unit dan peningkatan sebanyak 22.6% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh pelancaran tablet baharu di baru-baru ini bersama strategi penghantaran yang agresif.

Huawei kembali ke kelompok lima teratas dengan penghantaran sebanyak 3.4 juta unit serta mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7% tahun ke tahun. Meskipun berlaku penurunan di , Huawei mendapat lonjakan hasil pelancaran MatePad Mini dan kestabilan pasaran di Amerika Latin, Eropah serta Timur Tengah.

Redmi Pad 2 H
Pad 2

Xiaomi pula berada di tempat kelima dengan penghantaran sebanyak 2.5 juta unit dan pertumbuhan sebanyak 7.2% tahun ke tahun. Momentum ini disokong oleh pelancaran produk-produk  baharu seperti Pad 8, Pad 8 Pro serta Pad 2.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link