Kereta Elektrik Perodua Yang Pertama Akan Dilancarkan Pada Akhir Bulan November Ini
Aman
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengatakan Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik pertama mereka secara rasminya pada akhir bulan ini. Perkara ini dikongsikan Perdana Menteri ketika sesi lawatan ke Perodua hari ini.

Buat masa ini, spesifikasi penuh, rekabentuk dan harganya masih tidak diketahui lagi. Namun, Perdana Menteri mengatakan kereta elektrik Perodua ini mampan, mesra alam, mampu milik dan berteknologi tinggi.
Pada masa yang sama, kenderaan ini juga dibangunkan oleh kepakaran tempatan – berbeza dengan pelbagai kenderaan elektrik di pasaran hari ini.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut oleh pihak Perodua, termasuk pelancaran rasmi kenderaan elektrik berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






