Malaysia Oversight

Sanusi patut tumpu bangunkan Kedah, bukan isu lebih 200 tahun

By MkiniBM in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
Sanusi patut tumpu bangunkan Kedah, bukan isu lebih 200 tahun


Ahli majlis eksekutif negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, mengkrtitik Md Nor berhubung rancangannya memfailkan cabaran undang-undang dalam usaha Menteri Besar Kedah itu menuntut membayar royalti yang lebih tinggi kepada Kedah berhubung bayaran pajakan yang didakwa daripada negeri pulau itu.

“Tindakan Menteri Besar Kedah membangkitkan perkara lama yang melebihi 200 tahun ini amat dikesali.

“Sepatutnya beliau menjuruskan tenaga untuk menarik pelaburan dan merancang pembangunan di Kedah, bukannya memulakan satu polemik yang tidak berhasil,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, berkata bahawa pentadbirannya sedang dalam peringkat akhir memilih pasukan undang-undang dalam usaha untuk mendapatkan royalti yang lebih tinggi berhubung pajakan Pulau Pinang daripada negeri itu.

Dia sedang berusaha untuk mendapatkan RM100 juta daripada persekutuan, sambil menambah kadar itu tidak disemak semula sejak 1786.

berkata bahawa pentadbirannya telah melantik beberapa ahli sejarah dan pakar undang-undang untuk menjalankan kajian komprehensif mengenai perkara itu.

86addd640fce1f21b0730f2022b144d0

“Pasukan berkenaan telah menyiapkan kajian dan laporan akhir mereka telah dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen yang berkaitan pada 15 April lalu,” kata Sanusi seperti dilapor Berita Harian.

Bagaimanapun, Wong menekankan bahawa status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan Perkara 1(2) menunjukkan statusnya yang setaraf dengan negeri-negeri lain dalam membentuk persekutuan.

“Ini bukan saja pengiktirafan daripada segi perundangan, tetapi juga mencerminkan kedudukan penting Pulau Pinang dalam struktur sejarah dan Persekutuan Malaysia,” katanya

Sejak memegang jawatan selepas pilihan raya umum, Sanusi sering menyebut bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, malah telah menggesa persekutuan untuk meminda Perlembagaan bagi menyokong dakwaannya.

Perdana Menteri Ibrahim, bagaimanapun, membalas dan menggesa Sanusi untuk memahami Perlembagaan.

berkata, terdapat perjanjian muktamad untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu mengiktiraf kedaulatan Kedah dan Pulau Pinang.

Namun, Sanusi masih belum menarik balik tuntutannya dan pada 2024, dia menuntut untuk menaikkan bayaran pajakan tahunan untuk Pulau Pinang – daripada RM10 juta kepada RM100 juta.

“Jika tanya saya, saya akan menuntut RM300 juta kerana nilai tanah dan pulau itu strategik.

“Jangan sekali-kali mengatakan bahawa saya tidak mahu menuntut semula Pulau Pinang kerana ia (Pulau Pinang) sentiasa milik Kedah.

“Siapa yang boleh padam sejarah? Siapa yang berani memadamkan sejarah? Itu adalah fakta yang mesti diakui,” katanya seperti dilapor NST.



Source link