Malaysia Oversight

OpenAI Rugi Sekurang-Kurangnya $15 Juta Sehari Disebabkan Sora

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 2 minute
OpenAI Mengemaskini Sora Untuk Tidak Lagi Menjana Video Melanggar Harta Intelek


OpenAI Rugi Sekurang-Kurangnya $15 Juta Sehari Disebabkan Sora

November 11, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Sejak dilancarkan beberapa minggu lalu, Sora menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di App Store. Minggu lepas aplikasi Android pula dilancarkan di negara-negara terpilih. Setiap pengguna boleh menjana 30 video sepanjang 10 saat secara percuma setiap hari atau 15 video sehari sekiranya ia sepanjang 15 saat.

Ini menimbulkan persoalan berapakah kos yang ditanggung OpenAI untuk terus menyokong Sora dengan majoriti menggunakannya secara percuma. Menurut laporan Forbes, OpenAI kerugian sekurang-kurangnya $15 juta (~RM 62.24 juta) sehari atau $5.4 bilion (~RM 22.4 bilion) semata-mata untuk menjana video yang majoritinya hanya hiburan AI kosong.

OpenAI Sora App Susur
Sora

Kos menjana satu video 10 saat dianggarkan sekitar $1.3. Ini ialah OpenAI tidak berkongsi jumlah pengguna Sora tetapi sekali lagi ia dianggarkan sekitar 4.5 juta. Sekiranya hanya 25% pengguna ini menjana 10 video sehari, sebanyak 11.3 juta video perlu dijana Sora setiap hari dengan ia menelan belanja $14.69 juta.

Ini ialah anggaran yang konservatif kerana ia tidak mengambil kira pengguna dan jumlah janaan yang lebih tinggi setiap hari. Walaupun Sora amat popular dalam kalangan pengguna, ia mendatangkan beban kewangan kepada OpenAI. Ia perkara yang sama dihadapi oleh ChatGPT. Walaupun popular dan mendominasi pasaran chatbot AI, hanya sekitar 19% pengguna harian melakukan langganan dengan majoriti menggunakannya secara percuma.

Sungguhpun OpenAI masih tidak menunjukkan ia boleh menjadi keuntungan, Sam Altman masih berani melakukan pengumuman projek besar-besaran seperti Stargate yang menelan belanja $500 bilion. Ini adalah faktor Sam Altman sendiri mengaku AI ialah pasaran gelembung terbesar sejak dot.com di awal milenium. Apabila ia meletup kelak, puluhan syarikat besar akan menanggung kerugian besar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link