Pasang Rumah Pintar Anda Dengan Unifi Home Shield Serendah RM89 Sebulan
Amy Maizuraa
Dengan kemajuan teknologi dan kepantasan rangkaian internet, rumah pintar merupakan kecanggihan yang diinginkan ramai pengguna. Bayangkan jika anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda boleh menghidupkan penyaman udara, menetapkan pemasa untuk cerek dan apabila anda berjauhan, anda boleh memantau keadaan rumah anda dengan mudah.

Dengan internet laju dari Unifi, solusi rumah pintar menjadi lebih mudah menerusi Unifi Home Shield.

Unifi Home Shield Bundle merupakan pakej yang menggabungkan produk-produk sekuriti dan disokong perkhidmatan internet pantas daripada Unifi.
Anda boleh memilih kelajuan internet mengikut keperluan, bermula dari RM89 sebulan untuk 100 Mbps, RM129 sebulan untuk 300 Mbps, dan RM149 sebulan untuk 500 Mbps. Ketiga-tiga pakej ini ditawarkan bersama pelan Essential yang menawarkan kamera pemantauan isi rumah AI Indoor Camera.
Jika tidak mencukupi, Unifi turut menyediakan capaian 1Gbps pada harga RM 249 sebulan bersama pelan Advance yang menawarkan kamera AI dengan peranti pintar lain seperti sensor pintu/tingkap, sensor pergerakan, kamera halaman rumah dikuasakan tenaga solar serta hab integrasi. Kesemua pakej ini ditawarkan menerusi kontrak 24 bulan serta turut hadir dengan storan awan selama 7 hari bagi tujuan rakaman pemantauan.
Sekiranya anda memerlukan pemasangan, pasukan Unifi juga boleh memasang peralatan rumah pintar pada harga RM120 untuk setiap lawatan yang akan dicaj dalam bil langganan bulanan anda.

Bagi pelanggan sedia ada Unifi, anda boleh memilih untuk menambah mana-mana daripada tiga pakej Unifi Home Shield yang ditawarkan, iaitu pelan Essential pada harga RM15 sebulan dan pelan Advance pada harga RM35 sebulan. Jika anda memerlukan lebih banyak peranti pemantauan, terdapat pelan Premium yang turut menambah satu kamera halaman rumah berkuasa solar serta satu lagi sensor pintu/tingkap pada harga RM55 sebulan.
Melengkapkan kesemua pakej ini adalah aplikasi yang boleh mengawal ke semua peranti pintar di rumah anda. Jadi anda boleh memantau keselamatan rumah setiap masa, memberikan arahan atau menyemak status rumah. Anda juga dengan mudah boleh mengetahui sekiranya anda telah menutup semua tingkap dan pintu di rumah anda.
Atau jika anda menerima amaran pergerakan di rumah, aktifkan kamera pemantauan dan rupanya hanyalah kucing anda yang sedang membuat nakal, perkara sebegini menjadi lebih mudah dan anda tidak akan gusar atau risau akan keadaan rumah anda.


Jadi dengan Unifi Home Shield ini, bukan sahaja keselamatan rumah anda dapat terjamin malah keseluruhan prosesnya juga diselesaikan oleh pasukan Unifi jadi anda tidak perlu bersusah-payah melakukan pemasangan rumah pintar dengan sendiri. Bukan sahaja keselamatan rumah terjamin sepanjang hari, sambungan internet terhadap peranti anda juga lebih selamat, tanpa sebarang ancaman siber.
Penafian: Advertorial dari Unifi
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






