Malaysia Oversight

EU Akan Memaksa Negara Ahli Membuang Kelengkapan Komunikasi Huawei dan ZTE

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
EU Akan Memaksa Negara Ahli Membuang Kelengkapan Komunikasi Huawei dan ZTE


EU Akan Memaksa Negara Ahli Membuang Kelengkapan Komunikasi Huawei dan ZTE

November 11, 2025
Telekomunikasi

Effi Saharudin

Kesatuan Eropah (EU) memulakan usaha untuk memaksa negara-negara ahli untuk membuang kelengkapan komunikasi keluaran Huawei dan ZTE menurut laporan Bloomberg. Timbalan presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Henna Virkkunen dipetik berkata negara ahli akan diperlukan mengikuti garis panduan keselamatan 5G yang dikeluarkan enam tahun lalu.

Huawei 5G

Antara panduan yang diberikan ialah tidak menggunakan kelengkapan telekomunikasi daripada vendor berisiko tinggi dengan Huawei dan ZTE tergolong dalam kategori ini. Selain membuang perkakasan telekomunikasi mudah alih kedua-dua syarikat, EC juga akan meminta kelengkapan mereka turut dibuang daripada sistem komunikasi talian tetap seperti kabel gentian optik.

Di negara EU, Sweden mengharamkan penggunaan kelengkapan sejak 2020 sementara Jerman memulakan langkah kelengkapan sedia ada digantikan menjelang 2029. Walaupun UK bukan lagi ahli EU, ia juga mengambil langkah yang sama selepas mengikuti saranan yang diberikan oleh Amerika Syarikat. Di Malaysia, Amerika Syarikat dan EU memberikan amaran keras kepada supaya tidak menggunakan kelengkapan Huawei dalam rangkaian 5G kedua.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link