KUALA LUMPUR: Jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti oleh agensi penguatkuasa serta keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi Madani antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti yang diperoleh oleh semua agensi penguatkuasaan kerajaan serta langkah diambil bagi memperkukuh usaha membanteras ketirisan hasil…






