Malaysia Oversight

Kabinet muktamadkan tuntutan 40 peratus hasil Sabah esok

By MkiniBM in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
Kabinet muktamadkan tuntutan 40 peratus hasil Sabah esok


Keputusan mengenai tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok, kata Perdana Menteri, Ibrahim.

Bagaimanapun, berkata isu rombakan Kabinet tidak termasuk dalam agenda mesyuarat itu.

yang juga Menteri Kewangan berkata akan mendengar pandangan peguam negara sebagai penasihat undang-undang sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan rayuan atau sebaliknya.

“Bagi saya, kalau tidak rayu pun tidak mengapa. Tetapi keputusan muktamad dibuat selepas kita dengar dan bincang bersama semua ahli Jemaah Menteri,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Digital di Tawau, lapor Bernama.

Anwar berkata pelaksanaan perintah mahkamah untuk berunding dengan Sabah mengenai bayaran itu mungkin hanya akan dilakukan selepas pilihan raya negeri Sabah pada 29 Nov.

“Soalnya, mahkamah arah untuk runding. Saya kata baik, kita akan runding. Tetapi hari ini hendak runding dengan siapa? Kerana sekarang hanyalah kerajaan sementara (caretaker government). Tunggu pilihan raya, selepas kerajaan baru dibentuk, saya akan arahkan rundingan dimulakan segera,” katanya.

Nada Anwar hari ini berbeza seperti semalam apabila dia ditanya mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah semasa bertemu para pengundi.

Semalam, Anwar menegaskan kerajaan persekutuan kini sudah menyalurkan peruntukan yang lebih besar kepada Sabah berbanding jumlah hasil yang dikutip dari negeri itu.

Jumlah peruntukan persekutuan adalah RM17 bilion, manakala hasil kutipan dari Sabah berjumlah RM10 bilion.

Namun pengkritik menegaskan bahawa di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, bahagian 40 peratus hasil itu sepatutnya dibayar dalam bentuk geran khas — yang akan berada di bawah kawalan penuh kerajaan Sabah.

Dalam Belanjawan 2026, Anwar mengumumkan geran khas untuk Sabah berjumlah RM600 juta.

Berdasarkan angka RM10 bilion yang disebut oleh Anwar, 40 peratus hasil itu bersamaan RM4 bilion.

Anwar berulang kali menyebut angka RM600 juta itu sebagai bukti bahawa kerajaan pimpinannya menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada Sabah berbanding mana-mana kerajaan terdahulu.

“Kalau pembangkang asyik memarahi kita, saya ingin bertanya, kamu hendak marah apa? Pada zaman kerajaan terdahulu, hanya RM56 juta diberi. Kita naikkan kepada RM600 juta, kamu masih marah?” soalnya.

Sementara itu, Perdana Menteri mengesahkan bahawa Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok tidak akan membincangkan mengenai rombakan kabinet seperti yang diperkatakan.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata Anwar akan memberi taklimat kepada para menteri mengenai khabar angin rombakan kabinet pada Selasa.

Rombakan itu dijangka berlaku selepas Presiden Upko, Ewon Benedick meletakkan jawatan sebagai menteri susulan isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dijangka meninggalkan kabinet pada awal Disember selepas tamat penggal kedua dan terakhirnya sebagai senator.



Source link