Malaysia Oversight

Imej Rasmi Oppo Reno15 Diperlihatkan Kepada Umum

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Imej Rasmi Oppo Reno15 Diperlihatkan Kepada Umum


Imej Rasmi Oppo Reno15 Diperlihatkan Kepada Umum

November 10, 2025
Oppo

Amy Maizuraa

Oppo Reno15 mula diperlihatkan secara terbuka apabila rekaan penuhnya didedahkan menerusi kemas kini baharu di Weibo.

Oppo Reno 15 005

Jika sebelum ini siri Reno13 tampil dengan motif rama-rama manakala Reno14 pula menggunakan rekaan berinspirasikan ekor ikan duyung. Pada generasi baharu kali ini, Oppo memilih motif reben pula sebagai tema utama. Rekaan tersebut kelihatan comel dan menarik serta hadir dengan kemasan timbul dipercayai akan menyerlah apabila terkena pantulan cahaya.

Oppo Reno 15 007

Tubuh berkotak masih dikekalkan namun terdapat perubahan kecil pada bonggol kamera yang kini menggunakan LED Flash berbentuk bulat berbanding bujur seperti sebelumnya. Selain itu, peranti turut dipadankan dengan bezel nipis di skrin hadapan setebal hanya 1.15mm bersama panel berlubang di tengah untuk kamera swafoto.

Oppo Reno 15 009

Menambahkan lagi daya tarikan, penjenamaan ‘Reno AI Camera’ jelas kelihatan pada panel belakang peranti untuk memberikan sentuhan moden. Kemasan putih mutiara yang diperlihatkan turut memberi bayangan bahawa ia mungkin merupakan salah satu pilihan warna yang bakal ditawarkan.

Pelancaran rasmi dijangka berlangsung di tidak lama lagi, dan pastinya akan menarik perhatian peminat setia peranti Oppo serta penggemar rekaan telefon yang unik.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link