Malaysia Oversight

PRN Sabah: Calon baru bukti BN serius bawa perubahan

By MkiniBM in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
PRN Sabah: Calon baru bukti BN serius bawa perubahan


Penampilan calon baru oleh Barisan Nasional () Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 mencerminkan kesungguhan parti itu untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam kepimpinan negeri berkenaan.

Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu menunjukkan serius dalam usaha menawarkan calon berwibawa dan berpotensi untuk memacu kemajuan Sabah agar seiring dengan pembangunan yang dinikmati negara.

“Itu menunjukkan sangat serius untuk membawa perubahan serta memberi peluang kepada calon-calon baru dan muda yang mungkin mampu membawa kemajuan lebih baik kepada Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sekolah Angkat Madani Kementerian Pertahanan di Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng, di Kota Tinggi, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata pembangunan negeri seperti Sabah hanya dapat dijayakan sekiranya wujud hubungan rapat dengan Persekutuan agar dasar serta program pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Sabah dan mana-mana negeri jika ingin dibangunkan dengan baik, perlu ada hubungan rapat dengan pusat,” katanya.

Mengenai siapa yang akan menjadi poster boy BN bagi PRN Sabah, Mohamed Khaled berkata perkara itu akan diumumkan oleh pengerusi parti pada masa yang sesuai.

Semalam, BN Sabah mengumumkan 41 calon parti itu, kebanyakannya muka baharu dan calon muda selain mengekalkan beberapa pemimpin berpengalaman untuk bertanding pada PRN ke-17.

Parti itu menampilkan 85 peratus calon muka baharu termasuk anak muda profesional bagi membuktikan kesediaannya membuat perubahan signifikan dalam aspek pembangunan, seterusnya mengeluarkan Sabah daripada kepompong kemiskinan.

PRN Sabah akan berlangsung pada 29 Nov ini.

Bernama



Source link