CHANGLUN: Wartawan Utusan Malaysia, Hanafi Zulkefli mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul antara 137 graduan sulung Universiti Utara Malaysia (UUM). Hanafi menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif) dengan Kepujian, yang merupakan antara tiga program baharu ditawarkan UUM sejak sesi pengajian 2021/2022. “Saya berasa amat bersyukur kerana menjadi antara kumpulan pertama menamatkan pengajian dalam program ini,” katanya selepas sidang kedua Majlis Konvokesyen ke-38 UUM yang berlangsung di…






