Malaysia Oversight

XPENG Memperlihatkan Robot Berbentuk Manusia Tersendiri Dinamakan IRON

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
XPENG Memperlihatkan Robot Berbentuk Manusia Tersendiri Dinamakan IRON



XPENG IRON

XPENG Memperlihatkan Robot Berbentuk Manusia Tersendiri Dinamakan IRON

November 10, 2025
Lain-lain

Aman

XPENG mungkin dikenali ramai di Malaysia sebagai penawar kenderaan elektrik dengan pelbagai pilihan menarik. Selain kenderaan elektrik, XPENG sedia melakukan pelaburan dalam pelbagai sektor, dan salah satunya adalah pembangunan robot berbentuk manusia tersendiri, dinamakan IRON.

Menariknya mengenai robot ini adalah ia boleh berjalan lebih kurang seperti manusia, membuatkan ramai mengatakan XPENG menggunakan manusia untuk tujuan demo – seperti yang pernah Tesla lakukan. Namun, pihak XPENG menyatakan tidak, sekaligus membuka ruangan di kaki untuk memperlihatkan ia adalah robot sepenuhnya.

XPENG menyatakan mereka berjaya hadir dengan robot yang boleh lakukan tindakan seumpama manusia melalui kelebihan kejuruteraan mereka, disamping sokongan sambungan yang bersaiz kecil. Ia juga menggunakan bateri yang lebih baik, membolehkan penghasilan robot yang ringan dan jimat tenaga.

Robot IRON ini juga hadir dengan 3 cip Turing AI dengan kuasa perkomputeran mencapai 3000 TOPS, selain menyertakan model dunia fizikal raya oleh XPENG untuk membolehkan ia mengenal-pasti persekitaran dan berinteraksi dengannya.

XPENG menyasarkan untuk mengeluarkan ia secara besar-besaran menjelang penghujung 2026 kelak. Untuk fasa awal, ia akan memfokuskan penawaran perusahaan dan komersial, seperti sebagai pemandu pelancong, dan pengawal trafik.

XPENG turut menyasarkan akan menawarkan SDK untuk XPENG IRON, dalam membolehkan orang ramai turut membangunkan aplikasi dan integrasi untuk robot ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link