Malaysia Oversight

Mohammad Abiddin dilantik Ketua Pesuruhjaya APM baharu

By TheSun in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Mohammad Abiddin dilantik Ketua Pesuruhjaya APM baharu


Bekas Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan, Mohammad Abiddin Abd Rahman, dilantik Ketua Pesuruhjaya APM yang baharu

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengumumkan pelantikan Mohammad Abiddin Abd Rahman sebagai Ketua Pesuruhjaya APM yang baharu.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Perolehan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pelantikan itu berkuat kuasa pada 3 November lalu bagi menggantikan Datuk Aminurrahim Mohamed.

Aminurrahim telah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kanan di Kementerian Komunikasi.

Mohammad Abiddin berasal dari Sandakan, Sabah dan merupakan siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Mohammad Abiddin mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam.

Kepakarannya merangkumi pelbagai bidang termasuk pengurusan dan perolehan.

APM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Aminurrahim atas kepimpinan serta sumbangannya. – Bernama


Post Views: 1



Source link