Malaysia Oversight

Razer Blade 14 2025 Dilancarkan Dengan RTX 5070

By Amanz in May 20, 2025 – Reading time 1 minute
Razer Blade 14 2025  Dilancarkan Dengan RTX 5070


Razer

Razer Blade 14 2025 Dilancarkan Dengan RTX 5070

May 20, 2025

Effi Saharudin

Razer Blade 14 turut dikemaskini pagi ini dengan ia kini hadir dengan cip AMD Ryzen AI 9 365 yang dipadankan dengan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 5070 8GB GDDR7. Pada model tahun ini, tubuh Blade 14 dinipiskan lagi bagi menghasilkan sebuah komputer riba gaming yang kelihatan kompak.

Razer Blade 14 2025

Komputer turut dilengkapi skrin sebesar 14″ OLED yang menyokong resolusi 2880×1800 dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Memori adalah sehingga 64GB LPDDR5X 8000 MHz  yang dipateri kepada papan induk, storan sehingga 2TB SSD M.2 NVMe PCIe 4.0 x4 dan bateri pula sebesar 72 WHr yang dicas menggunakan pengecas 200W.

Razer Blade 14 2025. Bjpg

Papan kekunci adalah berlampu dengan sokongan Razer Chroma. Sementara itu pilihan I/O ialah 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x USB4 Type-C Ports, 1x HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD UHS-II. Berat keseluruhan Blade 14 ialah 1.63 kilogram. Ia ditawarkan pada harga bermula S$2,799 (~RM 9,273) dalam warna putih dan hitam.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link