Malaysia Oversight

MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong dan amaran cuaca buruk

By TheSun in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong dan amaran cuaca buruk


Taufan Fung-Wong dikesan 1,196 km timur laut Kudat, menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut Selatan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Fung-Wong yang dikesan kira-kira 129 kilometer barat daya Vigan City, Filipina.

Taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam dan kelajuan angin maksimum 120 km/j.

“Taufan Fung-Wong kini berada pada kedudukan latitud 17.4 darjah utara dan longitud 119.2 darjah timur, kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut Selatan.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan , Negeri Sembilan serta Johor.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Di , cuaca buruk dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu , Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban manakala di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – Bernama


Post Views: 1



Source link