PETALING JAYA: Seramai 398 individu ditahan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 118 pusat hiburan di seluruh negara pada Jumaat dan Sabtu lalu. Serbuan Op Noda dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ kontinjen negeri dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan. Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, hasil pemeriksaan 118 premis…






