PETALING JAYA: Kegagalan Selangor FC (SFC) mara dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tidak wajar ditunding jari sepenuhnya kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Johan Kamal Hamidon mahupun Pengarah Teknikal, Datuk Seri Shahril Mokhtar. Bekas pemain Gergasi Merah, Azlan Johar menegaskan, kedua-dua individu itu tidak sepatutnya dipersalahkan selepas pasukan tewas 2-3 kepada Persib Bandung yang menyaksikan mereka tersingkir di peringkat kumpulan dengan empat kekalahan berturut-turut. Katanya, punca sebenar kegagalan itu…






