Malaysia Oversight

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah di Rembau

By TheSun in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah di Rembau


Seorang lelaki OKU lembam rentung manakala bapanya cedera melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau

REMBAU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Kampung Seberang Batu Hampar di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.57 malam.

“Ketika kejadian, hanya mangsa berusia 25 tahun dan bapanya yang berusia 59 tahun berada di rumah,” katanya.

Bapa mangsa yang sedang tidur terjaga setelah mendengar beberapa letupan kecil sebelum melihat api bermula dari bilik anaknya.

Beliau berjaya menyelamatkan diri ketika api semakin marak tetapi mengalami kecederaan ringan dengan melecur di bahagian kepala.

Rumah struktur separuh kekal itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan menurut pihak bomba.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama


Post Views: 1



Source link