MELAKA: Impian Melaka dinobatkan juara regu lelaki di Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2025 edisi keempat menjadi kenyataan selepas menewaskan Kedah 2-0 pada aksi akhir di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), semalam. Gandingan perejam kebangsaan, Mohd. Azlan Alias bersama tekong import dari Thailand, Pongsatorn Phong-Udtha dan Muhammad Zaim Razali (apit kiri) mudah menewaskan Kedah dengan keputusan 17-14 dan 15-12 dalam tempoh 53 minit. Bagaimanapun pujian harus diberikan…






