Malaysia Oversight

SKMM Akan Panggil Meta Beri Penjelasan Berkaitan Iklan Scam

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
SKMM Akan Panggil Meta Beri Penjelasan Berkaitan Iklan Scam


SKMM Akan Panggil Meta Beri Penjelasan Berkaitan Iklan Scam

November 10, 2025
Meta
Web 2.0

Aman

Sejak sekian lama, ramai yang sedia melakukan aduan melibatkan iklan berbentuk penipuan di media sosial, terutamanya melalui Facebook dan Instagram. Malah, baru-baru ini, ia didedahkan Meta menjana hampir 10% pendapatan iklan melalui iklan berbentuk penipuan ini.

Mengulas mengenainya, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini menyatakan akan memanggil pihak Meta untuk memberikan penjelasan rasmi berkaitan perkara ini. SKMM juga akan memulakan siasatan terhadap pengiklanan scam di media sosial ini.

Facebook 03

SKMM mengatakan setakat awal November 2025 sahaja, SKMM telah melakukan sebanyak 157,208 permintaan untuk menurunkan iklan aktiviti menyalahi undang-undang atas-talian, dan 44,922 adalah iklan berbentuk penipuan. Ramai sedia melihat pelbagai gambar tokoh dan pempengaruh digunakan dalam iklan scam dan penipuan ini.

SKMM mengatakan jumlah pada platform Meta adalah jauh lebih tinggi berbanding yang lain. SKMM turut menekankan yang mana sekiranya terbukti platform dengan sengaja membantu atau bersubahat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link