Malaysia Oversight

PM dijangka beri penjelasan soal ‘rombakan kabinet’ pada Selasa

By MkiniBM in November 9, 2025 – Reading time 2 minute
PM dijangka beri penjelasan soal ‘rombakan kabinet’ pada Selasa


Perdana Menteri Ibrahim dijangka memberi penjelasan kepada jemaah menteri pada Selasa ini berhubung khabar angin mengenai rombakan kabinet, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Saya dengar melalui berita. Tapi Selasa ini ada mesyuarat kabinet, kita akan dengar dari perdana menteri,” kata menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, malam tadi.

Apabila ditanya sama ada peletakan jawatan Ewon itu akan mencetuskan rombakan kabinet, Mohamad berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet nanti.

“Kita akan bincang dalam kabinet pada selasa ini. Kita akan dengar penerangan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Amanah ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan dia turut terlibat dalam rombakan kabinet, Mohamad berkata dia menyerahkan perkara itu kepada perdana menteri.

“Saya tidak tahu, saya serahkan kepada perdana menteri,” katanya.

7ac0dcfe78395f57732d9a30b31a657a

Malam tadi, Ewon, yang juga Pengerusi Sabah Harapan, berkata keputusannya meletak jawatan dibuat kerana menjangkakan Jabatan Peguam Negara akan terus menasihati supaya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung 40 peratus hasil persekutuan yang terhutang kepada Sabah oleh .

Awal minggu ini, khabar angin mengenai kemungkinan rombakan kabinet semakin kuat, susulan jangkaan satu lagi kekosongan jawatan apabila tempoh dua penggal Senator merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, akan berakhir bulan depan.

Ketika ditanya sama ada peletakan jawatan Ewon akan memberi kesan kepada persiapan PH menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17, Mohamad berkata dia percaya perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Saya rasa tidak. Sebab di Sabah, semuanya berkisar kepada parti-parti politik, saya tidak tahu penyusunan kerusi peringkat akhir.

“Tapi rasanya akan ada pertemuan di peringkat negeri, dan semua berada di bawah perpaduan (persekutuan),” katanya.



Source link