SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan perbincangan di peringkat jawatankuasa nasional bagi menentukan sama ada pemilihan parti diadakan tahun depan atau ditangguhkan. Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu, perbincangan itu akan mengambil kira dua cadangan utama yang dikemukakan pimpinan sama ada meneruskan pemilihan seperti lazimnya atau menangguhkannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan parti. “Kita akan bincang di peringkat mesyuarat nasional, memang ada peruntukan dalam peraturan dan perlembagaan yang membenarkan penangguhan,”…






