KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Amaran tsunami telah dikeluarkan ke atas Wilayah Iwate selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda perairan pantai Sanriku di timur laut Jepun pada kira-kira pukul 5.03 petang (waktu tempatan) Ahad, lapor Kyodo News.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi pada kedalaman kira-kira 10 kilometer itu mencatatkan intensiti seismos 4 pada skala tujuh mata Jepun di beberapa bahagian wilayah berkenaan.
Kyodo News turut melaporkan bahawa sebahagian daripada perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen terpaksa dihentikan akibat gangguan bekalan elektrik selepas gempa bumi itu.
Pihak berkuasa Jepun masih memantau keadaan berkenaan.
— BERNAMA
BERNAMA provides up-to-date authentic and comprehensive news and information which are disseminated via BERNAMA Wires; www.bernama.com; BERNAMA TV on Astro 502, unifi TV 631 and MYTV 121 channels and BERNAMA Radio on FM93.9 (Klang Valley), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) and FM100.9 (Kuching) frequencies.
Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
