Malaysia Oversight

Disoal orang awam, PM tolak perbezaan peruntukan k’jaan dengan hak 40% Sabah

By MkiniBM in November 9, 2025 – Reading time 2 minute
Disoal orang awam, PM tolak perbezaan peruntukan k’jaan dengan hak 40% Sabah


Perdana Menteri Ibrahim hari ini dilihat menolak sebarang pembezaan antara peruntukan persekutuan kepada Sabah dan bahagian 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari negeri, yang sepatutnya dibayar sebagai geran khas kepada Sabah.

Sebaliknya, dilihat berpendirian bahawa memberikan lebih daripada 40 peratus yang sepatutnya dibayar, menerusi peruntukan persekutuan.

Pendirian ini dinyatakan ketika disoal oleh orang awam semasa lawatannya di pasar Jalan Gaya di Kota Kinabalu hari ini.

Petikan video berhubung perkara itu kini tular di media sosial.

Peruntukan RM17b, kutipan RM10b

Dalam video itu, suara seorang individu yang berada di luar kamera bertanya kepada Perdana Menteri berhubung bila Persekutuan akan membayar hak 40 peratus Sabah.

Sebagai respons, Anwar berkata mereka perlu mendengar penjelasannya dan bukan pihak lain yang menjadikannya sebagai bahan kempen.

df9eb761e8ea3dc29a6e756ada29e0f4

“Berapa kami ( Persekutuan) ambil dari Sabah? Saya (nak) beritahu, RM10 bilion.

“Berapa kita beri balik kepada Sabah? RM17 bilion,” katanya.

Lelaki itu kemudian berkata yang RM17 bilion tersebut adalah kewajiban Persekutuan dan tidak sama dengan bahagian hasil 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17 bilion berbanding RM10 bilion yang dikutip dari Sabah.

Video itu tamat sebelum perbualan mereka tamat.

Bercakap kepada wartawan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah selepas itu, Anwar mengulangi perkara sama seperti dalam perbualannya dengan lelaki tersebut.

“Dia sebut 40 peratus, 40 peratus. Dengar dulu, berapa banyak kerajaan Persekutuan belanja untuk Sabah — bina sekolah, kesihatan, doktor, Esscom, kawalan sempadan, aset pertahanan dan sebagainya.

“Kalau kata tidak sempurna (dan) tidak memuaskan, baik. Tetapi anda tak boleh nafi hakikat kita telah buat lebih banyak.

“Kita komited bantu Sabah sebagai sebahagian daripada agenda kita. Tiada yang setanding dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya lagi.

Rundingan berjalan

Sementara itu, Anwar menegaskan aturan semasa berhubung pembayaran geran khas antara kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak bersifat sementara dan rundingan masih diteruskan.

Rundingan yang bermula sejak 2022 itu adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan kerajaan merundingkan semula formula pembayaran dengan Sabah.

Di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, bahagian hasil 40 peratus itu sepatutnya dibayar dalam bentuk geran khas yang akan berada di bawah kawalan penuh Sabah.

Dalam Belanjawan 2026, Anwar berkata geran khas untuk Sabah ialah sebanyak RM600 juta.

Berdasarkan angka kutipan RM10 bilion, geran khas bahagian hasil 40 peratus sepatutnya berjumlah RM4 bilion.

Kenyataan Anwar memberikan sedikit gambaran berhubung keputusan Pengerusi PH Sabah, Ewon Benedick, untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet semalam berhubung isu bahagian hasil 40 peratus.

Ewon sebelum ini mengancam untuk berundur jika kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak hasil 40 peratus Sabah tersebut.

Walaupun kerajaan belum memutuskan sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak, Ewon semala berkata dia tidak menjangka Pejabat Peguam Negara akan memberikan nasihat berbeza kepada kabinet — memberi bayangan bahawa kerajaan akan memfailkan rayuan.



Source link