KUALA TERENGGANU: Kes seorang pempengaruh media sosial dan peniaga kosmetik dikenali sebagai ‘Man Hidung’ yang berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram (kg), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Keputusan itu dibuat Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas pihak pendakwaan memohon perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala tertuduh, Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36,…






