Malaysia Oversight

ADUN Melor bangkit isu royalti, pembangkang gesa bawa ke Mahkamah Persekutuan

By Utusan in November 9, 2025 – Reading time 2 minute
ADUN Melor bangkit isu royalti, pembangkang gesa bawa ke Mahkamah Persekutuan


KOTA BHARU: didesak untuk sekali lagi membawa pertikaian terhadap keabsahan Akta Wilayah Laut 2012 ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha menuntut hak royalti petroleum bagi negeri ini.

Desakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim dibuat selepas perkara tersebut terus dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri () Melor Wan Rohimi Wan Daud semasa Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) (Belanjawan) di Kota Darulnaim di sini  hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, tindakan itu bagi mendapatkan keadilan berhubung perkara tersebut dan bukan bertujuan untuk bergaduh.

“Kalu itu hak kita (petroleum), maka kita biarkan mahkamah untuk tentukan (buat keputusan). Hal ini kerana cerita petroleum sudah acap kali dimainkan.

“Perkara ini pernah dibawa ke mahkamah, tetapi ditarik balik oleh negeri berkaitan dengan tuntutan royalti. Perkara ini membuatkan kita tidak faham,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN .

Mengulas lanjut, Mohd. Syahbuddin memberitahu, dua lagi pembakang sedia memberikan sokongan penuh sekiranya negeri mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Utusan Malaysia 24 November tahun lalu melaporkan, pembangkang menggesa kerajaan negeri membawa pertikaian terhadap keabsahan Akta Wilayah Laut 2012 ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha menuntut hak royalti petroleum bagi negeri ini.

Ketua Pembangkang, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau bersama ADUN Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim dan ADUN Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abul Ghani menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Kelantan menuntut royalti petroleum sekiranya ia betul-betul hak milik negeri ini.

Katanya, namun begitu mereka bertiga tidak mahu melihat kerajaan negeri sekadar menunggang isu tersebut untuk mencipta polemik dan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.-UTUSAN

 





Source link