Malaysia Oversight

Denmark Akan Menghalang Akses Platform Media Sosial Untuk Pengguna Bawah 15 Tahun

By Amanz in November 9, 2025 – Reading time 1 minute
Nepal Menarik Semula Halangan Media Sosial Selepas Rakyat Merusuh


Denmark Akan Menghalang Akses Platform Media Sosial Untuk Pengguna Bawah 15 Tahun

November 9, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Denmark akan mengharamkan pengguna bawah 15 tahun untuk menggunakan platform media sosial. Langkah ini diambil bagi memastikan kesihatan mental remaja dipelihara menurut Perdana Menteri Mette Frederiksen. Menteri Pendigitalan Denmark Caroline Stage Olsen pula berkata media sosial mencuri zaman dan kesejahteraan kanak-kanak.

Media Sosial

Walaupun pengguna bawah 15 tahun akan diharamkan memiliki akaun media sosial, pengecualian akan diberikan untuk pengguna 13 tahun ke atas sekiranya menerima kebenaran daripada ibu-bapa atau penjaga. Sungguhpun begitu kelonggaran ini hanya akan tergunapakai untuk platform tertentu sahaja yang belum lagi diumumkan Denmark.

Apabila berkuatkuasa kelak, Denmark akan menjadi negara kedua selepas Australia mengharamkan akses media sosial kepada pengguna remaja. Australian akan menguatkuasakan pengharaman untuk pengguna bawah 16 tahun akan berkuatkuasa 10 Disember ini. Laman yang gagal menghalang boleh dikenakan denda A$49.5 juta (~RM 134 juta). Setakat ini hanya Discord, GitHub, LEGO Play, Roblox, Steam, Steam Chat, Google Classroom, Messenger, WhatsApp dan YouTube Kids sahaja terlepas daripada penguatkuasaan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link