KOTA BHARU: Kerajaan negeri sudah mengadakan pertemuan rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Jumaat lalu bagi membincangkan isu-isu melibatkan pengurusan persatuan sukan di Kelantan, termasuk status Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sedang berdepan penggantungan ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri , Zamakhshari Muhamad berkata, pertemuan tersebut turut meneliti langkah-langkah penstrukturan semula KAFA bagi memastikan pembangunan bola sepak negeri dapat digerakkan secara lebih tersusun dan profesional.…






