Malaysia Oversight

Serbu lombong emas haram, polis tahan dua lelaki Indonesia

By Utusan in May 20, 2025 – Reading time 1 minute
Serbu lombong emas haram, polis tahan dua lelaki Indonesia


JELI: Polis menahan dua lelaki warganegara Indonesia yang disyaksi melakukan aktiviti melombong emas secara haram di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia masing-masing berusia 30 dan 32 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, semasa ditahan kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa termasuk permit menjalankan aktiviti perlombongan emas.

“Turut dirampas dalam serbuan itu sebuah jengkaut, generator dan mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut  mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, bagi kes melombong secara haram polis menyerahkan kepada PTG untuk siasatan lanjut.-UTUSAN





Source link