KUALA LUMPUR: Dua jaguh muaythai negara, Mohammad Rifdean Masdor dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib disahkan tidak akan menyertai Sukan SEA Thailand pada Disember ini kerana menumpukan perhatian kepada kerjaya profesional bersama ONE Championship. Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Azmi berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kedua-dua atlet tersebut dapat memperkukuh kedudukan mereka dan memburu kontrak jangka panjang di pentas antarabangsa. Menurut beliau, keputusan tersebut bukan…






